selamat datang ke laman diary ADLINA...ia hanyalah luahan dan cerita hidupku serta bacaanku yang ku rasakan menarik...

Saturday, September 25, 2010

PETUA KECANTIKAN

1~sebaik sahaja bangun tidur,sebelum basuh muka minum sedikit air(kalau boleh air suam) kerana waktu ini ada enzim yang bermanfaat untuk membersihkan usus.

2~kemudian baru basuh muka(jangan gosok gigi dulu)sambil berselawat,jangan basuh muka dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan,maknanya kena basuh muka dari bawah dagu ke atas dahi sambil mengurut & jangan lupa naikkan sedikit air ke atas rambut (seperti ambil wudu'), ini untuk awet muda dan menghindarkan sakit kepala.


3~barulah boleh gosok gigi,bukan gigi aje bahkan lidah, tepi dan lelangit,selepas selesai gosok gigi, jangan lupa gosoksemula gusi dengan jari untuk mengukuhkan gigi.Jangan abaikan kebersihan gigi kerana ianya dapat menghindarkan batuk

4~kemudian bolehlah buang air kecil/besar & seterusnya.......jangan meludah semasa & selepas buang air besar,semasa buang air besar miring ke kiri(sunah nabi) kerana ini akan menekan tempat najis dan memudahkan buang air besar,jangan lupa berdehem..untuk memastikan kesemuanya telah keluar.

5~kemudian masuk bab mandi,mulakan dari bawah(juga untuk menghindarkan sakit kepala), mula dengan kaki kanan dulu,baru kaki kiri, dan seterusnya naik sedikit demi sedikit hingga ke kepala,jangan mandi dengan mulakan dari kepala dulu.

6~setelah selesai mandi,jangan lap dengan kain,lap dengan tangan saje,sambil berselawat,mulakan bari bawah dagu, pipi dan naik ke dahi,kemudian dari hujung tangan ke bahu (kanan dulu),lepas tu tangan kiri,kemudian lap kedua2 kaki naik ke betis ,lutut,paha,perut,dada,naik ke leher,dagu,pipi dan berakhir dengan dahi,ini semua untuk menganjalkan kulit.

7~kemudian masuk bab makan,jangan lupa bersarapan pagi untuk awet muda walau pun hanya dengan separuh roti,untuk makan tengahari,sebelum makan ,minum sedikit air(ini sunah nabi)baru makan,ini untuk memastikan kita benar2 makan bukan melantak atau mentakdarah,selepas selesai makan jangan lupa jilat jari(ini juga sunah) kerana di jari terdapat enzim yang boleh menolong memudahkan proses penghadaman atau pencernaan,ambil masa 10-15 minit sebelum minum air,tegukan pertama tahan/keman dulu kerana waktu ini ada enzim yang bermanfaat untuk perut,jangan bernafas semasa minum,jangan tiup makanan,tegukan yang baik untuk kesihatan tidak lebih dari 3 teguk,minum air yang banyak baik untuk kesihatan tapi bukan satu jag sekali hadap,3 teguk,3 teguk,jangan makan bersulamkan air kerana mempercepatkan proses kedutan.Jangan tidur&mandi selepas makan.

8~Masuk bab tidur,mengucap dua kalimah syahadat dan baca doa tidur,kalau boleh tidur awal,baik untuk kulit,nabi juga tidur awal,dan bangun juga awal,tidur mengiring di sebelah kanan,maknanya sebelah kiri berada di sebelah atas,Porke/kenapa?di sebelah kiri ada jantung,dengan tidur mengiring ke kanan bermakna kita tidak menyempitkan/menyusahkan jantung untuk terus bekerja/pengepam darah ke seluruh badan,dan juga tidak mengganggu proses penghadaman/pencernaan yang masih berlaku,sebelum tidur berzikir, bertasbih,baca surah2 pendek,ayat kerusi,ayat seribu dinar,bersihkan hati,bagaimana?lepaskan segala dendam,maafkan segala kesalahan orang,buang sifat2 mazmumah dan lain2 lagi.kenapa ye?mana tahu ini merupakan tidur terakhir kita!tidur itu merupakan kiter akan mati!


~kecantikan itu terlalu subjektif,ianya bermula dari dalam(hati),jadi
bersihkan hati dengan perkara2 di atas.

Dan amalkanlah :
~baca quran
~potong kuku pada hari2 tertentu,tanam kuku dan rambut,(contohnya rambut masih boleh mengesan penyakit tuannya walau pun dah terpisah dari tuannya dari jangka masa yang tertentu~maknanya di sini ia masih berhubung) kerana ia sebahagian dari anggota badan manusia,jadi menanam rambut dan kuku merupakan cara yang paling baik,
~jangan minum minuman yang berais dan bergas
~sentiasa buat senaman
~amalkan ulam-ulaman"

No comments:

Post a Comment

 

aDLiNa Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal