selamat datang ke laman diary ADLINA...ia hanyalah luahan dan cerita hidupku serta bacaanku yang ku rasakan menarik...

Saturday, October 30, 2010

KISAH SI MULUT KECOH

Dalam hidup ini banyak jenis manusia yang ada di dunia ni… ada manusia banyak cakap dan ada manusia yang tak banyak cakap. tapi rasa yang tak banyak cakap lagi baik dari orang yang banyak cakap. yala kalau cakap asyik nak mengata orang buat apa kan lebih baik dia jadi bisu dari asyik bercakap perkara yang tiada faedah.

Berkawan dengan orang mulut kecoh ni bahaya tau…sebab dia suka mengumbat dan mengata orang, kita yang mendengar ni pun tak pasal-pasal dapat dose sekali. Cuba fikir sejenak, kalau dengan kita dia asyik mencari salah orang dan mengata dekat orang, mesti dengan orang lain dia asyik burukan kita dan mengata kat kita.

Di mata dia semua orang tak betul, ada je yang salah di mata dia tapi kalau kita perhatikan betul-betul dia lagi teruk daripada orang lain. Mulut dia asyik mengata dan memburukan orang je.. Hrap-harap orang macam ni cepat-cepat la berubah dan jangan asyik tengok keburukan orang je dan cuba cermin diri, tengok betul ke aku ni.

Lebih baik jadi pendiam dari bercakap yang boleh menambah dosa. seseorang yang sempurna solatnya dapat mencegas daripada melakukan dosa. Mungkin orang suka mengata kat orang ni solat dia tak sempurna kot, sebab tu walaupun dia solat tak tinggal tetapi masih tak mampu nak mengawal mulutnya daripada mengata orang dan memburukan orang. Perkara ini tidak dapat di pastikan kerana hanya Allah sahaja yang tahu sesuatu amalan itu diterima atau tidak. Kita hanya mampu melihat dan cuba memberi teguran agar kita tidak terus mendapat dosa bersamanya.

kepada sesiapa merasakan dirinya seorang yang mulut jahat berubah la....

Cuba lihat balik amalan seharian

-Betul ke solat tu (jangan mencuri dalam solat)

-Iklas ke aku mengaji dan amalan lain ke cuma nak menunjuk-nunjuk yang kononnya diri tu baik dan banyak lagi la...

-Iklas kerana Allah ke amalan yang dibuat tu. Kalau buat tu bukan kerana Allah berubah la...untuk kebaikkan diri sendiri juga. Orang lain tak dapat apa-apa.

Hal ini kerana orang yang menunaikan solat dengan sempura dapat mencegas daripada melakukan dosa yang lain.

No comments:

Post a Comment

 

aDLiNa Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal