selamat datang ke laman diary ADLINA...ia hanyalah luahan dan cerita hidupku serta bacaanku yang ku rasakan menarik...

Tuesday, January 11, 2011

Buku bergambar

Dalam pendidikan kanak-kanak di peringkat tadika, guru perlu kreatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan minat dan tumpuan kanak-kanak.

Kreativiti Guru

Salah satu alat bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran kanak-kanak di tadika atau pra sekolah adalah menggunakan buku bergambar. Buku bergambar yang dibuat sendiri adalah lebih menarik kerana warna-warna yang menyerlah dan boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dan keperluan murid.


Sebagai contoh, pengajaran mata pelajaran sains tentang haiwan. Bagi memperkenalkan haiwan berkaki empat kepada kanak-kanak, guru boleh menggunakan buku aktiviti tentang beberapa haiwan berkaki empat. Dalam buku bergambar ini mengandungi buku bergambar haiwan tersebut.

Gambar Haiwan

Untuk memperkenalkan haiwan tersebut kepada kanak-kanak, guru menggunakan gambar haiwan. Setelah kanak-kanak dapat mengenalpasti rupa haiwan tersebut, guru boleh menambah akitivi pengukuhan kepada kanak-kanak dengan meminta kanak-kanak menyusun gambar haiwan tersebut supaya membentuk haiwan. Sebagai contoh, kanak-kanak melekatkan puzzle yang bergambar kucing ini.

Puzzle bergambar haiwan

Aktiviti yang kedua yang boleh dijalankan bagi meningkatkan kefahaman dan menguji ingat kanak-kanak adalah dengan mencari gambar haiwan dan lekatkan. Terdapat pelbagai gambar haiwan yang dipotong kecil dan kanak-kanak diminta mengambil gambar haiwan yang disebut oleh guru sahaja.

Mencari gambar haiwan dan lekatkan.

Buku bergambar yang dibuat oleh guru boleh dipelbagikan mengikut kreativiti dan menambahnya dengan pelbagai aktiviti di dalam satu buku. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus memberi tumpuan kepada pengajaran guru.


No comments:

Post a Comment

 

aDLiNa Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal