selamat datang ke laman diary ADLINA...ia hanyalah luahan dan cerita hidupku serta bacaanku yang ku rasakan menarik...

Friday, September 26, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta

Bila masuk bulan Ogos
maknanya bermula la smbutan hr kemerdekaan..
sbg guru, kita perlu pupuk semangat dan penghayatan bulan kemerdekaan.

Melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan
murid akan tertarik utk menyambut dan merasai kemeriahan sambutan hari kemerdekaan.

Setiap dari kita mesti mempunyai maksud kemerdekaan yang tersendiri...
Bagi sy kemerdekaan adalah kebabasan manusia utk membuat sesuatu yg d suka
selagi ia tidak bercanggah dgn  ajaran Islam dan tidak menganggu org lain.

Namun, di zaman serba moden ini, kita masih dijajah iaitu dr segi pemikiran
dan gaya hidup. Kita begitu terikut-ikut dgn cara hidup barat.
Bukan semua yg barat lakukan itu negatif, ada yg positif.
Jd kita kne pndai pilih yang mana baik dan yg mana buruk.

Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik dan
menjadi pembimbing kepada anak-anak. Selain itu, masyarat setempat juga berperanan dalam memberi teguran dan melaporkan kepada ibu bapa jika melihat anak-anak kenalan bersikap negatif.
Ibu bapa jangan cepat melenting bila mendapat teguran daripada guru atau guru memberi hukaman kepada anak-anak mereka.

Seorang guru tidak akan berniat untuk mencederakan muridnya dan niat mereka adalah untuk mendidik. Sebagai guru, kita mendapat kepuasan bila melihat anak didiknya berjaya.




No comments:

Post a Comment

 

aDLiNa Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal