selamat datang ke laman diary ADLINA...ia hanyalah luahan dan cerita hidupku serta bacaanku yang ku rasakan menarik...

Wednesday, December 17, 2014

Urusan kita dengan Allah

Kadang kala kita terlalu sibuk dengan urusan dunia 
hinggakan kita terlupa urusan kita dengan Allah.
Dalam erti kata lain kita asyik dengan urusan dunia 
hingga kita terlupa soal solat 5 waktu.
Kita melewatkan-lewatkan solat kerana utamakan urusan pekerjaan kita.

Kita terlupa bahawa jika kita selesaikan urusan kita dengan Allah, 
Allah pasti menyelesaikan urusan pekerjaan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga supaya lebih mengutamakan solat 
berbandingan dengan hal yang lain. 

Kejar la Akhirat seperti kita akan mati esok hari dan
 kejarlah dunia seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi. 
Maksudnya kita hal dunia dan hal akhirat perlu seiring.


Kita selesaikan urusan Allah, Allah pasti selesaikan urusan kita

Saya memberi contoh diri saya sendiri, kononnya nk siapkan kerja jadi fikir solat jap lagi la.
Soal menonton tv boleh jadi macam tu juga, asyik sangat tengok tv, lepas tu bercakap dalam hati lepas habis cerita ni aku pergi sembahyang.
Kadang kala sibuk layan internet sampai terlupa solat belum lagi.

Jika kita rasa banyak kerja kita perlu buat hari itu, maka kita selesaikan solat kita dulu,
pasti urusan kita akan menjadi mudah.

Bila kita sedar apa yang kita buat adalah salah cepat-cepatlah berubah.
Dalam hati memang niat nak berubah tetapi sekejap je.

Yaa Allah tetapkan dalam hatiku supaya sentiasa istiqamah dalam melakukan perkara baik... Amin.
Aku nak berubah dan aku nak menjadi lebih baik...

No comments:

Post a Comment

 

aDLiNa Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal