selamat datang ke laman diary ADLINA...ia hanyalah luahan dan cerita hidupku serta bacaanku yang ku rasakan menarik...

Monday, March 7, 2011

Merenung Masa Depan

Bila berada di tahun akhir belajar ni pasti semua orang akan terfikir pasal masa depan, kerja, kahwin, dan macam-macam la. Bagi seorang perempuan 2 perkara akan menjadi kerisauan bila dah tamat belajar. Pertama soal kerja dan kedua soal kahwin.

Sekarang ni zaman moden dan semua benda pakai duit dan bukan senang nak dapat kerja. Dalam kalangan kawan-kawan serumah pn semua risau tentang kerja. Orang kata kalau masuk bidang pendidikan senang dapat kerja tetapi aku belum tentu lagi dapat jadi cikgu ke tak. Harap-harap dapat la, kalau tak dapat macam mana aka nak bayar balik pinjaman PTPTN aku, 26 ribu tu, bukan sikit. Maklum la masuk bidang pendidikan under universiti, belum dapat menjamin pekerjaan. Bila balik kampung, orang tanya belajar kos apa dan aku kata pendidikan, mesti mereka akan kata senang la, bila dh habis belajar terus dapat kerja tapi sebenarnya kos aku ni tak diberi jaminan kerja. Insyallah, kalau ada rezeki dapat la aku kerja cepat. Entah la, kadang-kadang malas la nak fikir sangat bab kerja ni, buat sakit kepala je tapi benda-benda tu sentiasa bermain di kepala. Jadi bersabar la wahai hati.



Erm...perkara kedua yang aku risau lepas habis belajar ni bab kahwin. Tapi macam mana nak kahwin kalau duit tak ada. Jodoh kita telah ditetapkan sebelum kita dilahirkan lagi dan semua itu ketentuanNya. Andai dia memang tercipta untuk menjadi pasangan hidupku, dia tetap akan menjadi jodohku.

Tapi risau la bab kahwin ni, perkahwinan tu satu pertaruhan. Untung nasib bahagia dan kalau tak bernasib baik, merana hidup sepanjang hayat. Harap-harap nasib menyebelahi aku dan aku akan bahagia ke akhir hayat bersama si dia... Masa depan ni susah nak jangka, kita hanya mampu merancang tetapi Allah lebih berkuasa menentukan segalanya.


Siang tadi aku tengok 3 cerita semua berkaitan dengan masalah rumah tangga. Arggg...takutnya nak kahwin...ni la dugaan dalam hidup... Tapi tiap-tiap perkara yang berlaku mesti ada sebab dan tiap-tiap masalah ada penyelesaianya.



No comments:

Post a Comment

 

aDLiNa Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal