selamat datang ke laman diary ADLINA...ia hanyalah luahan dan cerita hidupku serta bacaanku yang ku rasakan menarik...

Wednesday, March 30, 2011

Perempuan tak suka bila lelaki...


  1. Meninggikan suara bila bercakap

* Lelaki yang ego biasanya akan menggunakan suara yang tinggi ketika bercakap dengan perempuan.

  1. Curang

* Tak setia pada seorang perempuan. Kenapa lelaki tak cukup dengan seorang perempuan sahaja ? kalau sekadar berkawan tak kisah tapi ni sampai bercinta dan berjanji untuk berkahwin dengan 2 orang perempuan dalam 1 masa.

  1. Memuji kecantikan perempuan lain

* Sedarilah wahai lelaki bahawa siapa perempuan berada di sisi anda itu dan dia mempunyai hati yang sangat rapuh. Kalau nak puji pun jangan la depan-depan lagi.

  1. Membanding-banding dirinya dengan orang lain.

* Ada sesetengah lelaki suka membanding-banding kekasihnya dengan perempuan lain atau dengan ahli keluarga yang lain.

  1. Mata keranjang

* Pandang perempuan lain tak kira la cantik ke tak tapi macam nak makan je. Tengok tu tak salah tapi jangan la sampai tak ingat kekasih di sebelah.

  1. Ego tinggi

* Lelaki memang dilahirkan mempunyai sifat ego tapi jangan la tinggi sangat.

  1. Mengongkong

* Semua benda nak buat tak boleh tapi kalau dia semua boleh.

  1. Tak jujur

* Kalau cakap ada je mesti ada yang dia tipu. 10 dia cakap, 2 je yang betul.

  1. Pentingkan kawan

* Pentingkan kawan tapi kurang memberi perhatian kepada kekasih. Tak salah nak berkawan tapi jangan la sampai tiada masa langsung untuk kekasih. Sikit-sikit kawan, sampai nak keluar dting pn ajak kawan ni dh lebih.

  1. Panas barang

* Cepat marah dan tidak berfikir sebelum bertindak. Belajar bersabar.

Perempuan tidak mengharap lebih daripada seorang lelaki tapi faham-faham la sendiri, lelakikan dikurniakan 9 akal untuk berfikir.

4 comments:

  1. singgah kat sini dapat pula info mengenai apa yang wanita tak suka
    hehe

    ilmu juga ni untuk panduan hidup
    thanks

    ReplyDelete
  2. hehe...tu apa sy rasa je sbg wnita...myb bg org lain...lain y dia xsuka...hehhe

    ReplyDelete
  3. Hik hikk... alin, post ni ada tujukan pada sesiapa ke??? tp ada betulnya apa yg alin list kan tu... well, manusia takde yg sempurna. sedangkan lidah lg tergigit.

    ReplyDelete
  4. hehe...xde la...kt smua lelaki yg ada niat u bkhwin je...

    ReplyDelete

 

aDLiNa Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal