selamat datang ke laman diary ADLINA...ia hanyalah luahan dan cerita hidupku serta bacaanku yang ku rasakan menarik...

Saturday, October 29, 2011

Aku mahu bahagia dalam cinta…

Aku mahu lelaki faham isi hati perempuan…

Aku mahu dicintai dan disayangi dengan iklas…

Aku mahu dihargai…

Bukan ku mengharapkan sesuatu yang lebih dan mengharapkan sesuatu yang tidak mampu diberikan… tapi tolong la fahami isi hati seorang perempuan.

Hati perempuan mudah tersentuh dan jangan samakan apa yang lelaki rasa dengan apa yang perempuan rasa.

Bagi seorang lelaki, sesuatu perkara dianggap remah dan membuang masa tetapi tidak pada perempuan. Sesuatu benda atau perkara mempunyai maknanya.

Lelaki haruskan berfikir sebelum berkata-kata. Setiap kata mempunyai pergetiannya dan mungkin di salah ertikan oleh perempuan dan menjadi tanggungjawab lelaki untuk menjelaskan kepada perempuan maksud kata-katanya supaya tidak berlaku salah faham.

Wahai lelaki, hargailah perempuan yang ada disisi kamu itu dan jangan terlalu ego. Jangan sampai perempuan pergi meninggalkan mu dan kamu akan tercari-carinya kembali.

Dalam kalangan pengalaman kawan-kawan dan pengalaman saya sendiri. Mejoriti lelaki akan mencari perempuan itu kembali dan setelah dia sedar kesilapannya. Tetapi semua dah terlambat. Mungkin ada perempuan yang boleh terima lelaki tersebut kembali kerana terlalu sayang tetapi bukan semua perempuan mudah memaafkan dan boleh terima lelaki tersebut kembali.

No comments:

Post a Comment

 

aDLiNa Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal