selamat datang ke laman diary ADLINA...ia hanyalah luahan dan cerita hidupku serta bacaanku yang ku rasakan menarik...

Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru 2015

Hari ini 16 Mei 205
merupakan hari guru dan jatuh pada hari sabtu.
Jadi sambutan d peringkat pd isnin 18 mei 2015.
Begitu bermakna sambutan hari guru ini untuk semua guru.
Aku berjaya hari ini adalah kerana jasa seorang guru. guru yang mendidik dan memberi ilmu pd ku.
Ibu bapaku adalah guru yang pertama untukku. Ibu bapaku bukan dlm golongan yg terpelajar. Mereka tidak tahu membaca dan menulis. Ayah blh membaca tp lambat. Masa aku kecil ayah ada ajarku membilang secara sebutan. Ayah juga ada mengajarku mengaji. ibu bapa kita yang mengajar baik dan buruk serta bersih dan kotor.

Bila masuk darjah 1 kita mula belajar secara formal. aku tidak xmasuk tadika dan kalu xsilap hanya berapa hari je msk tadika sbb bila mk blk aku pn nangis nk blk jgk. Nasib baik  masa darjah 1 aku xnangis nk blk. 
Bila masuk darjah 1 aku lmbt bljr sbb aku kn xpnh sklh. Masih xknl huruf. Bila peperiksaan, mmg xleh nk jwb la. Teringat kenangan masa darjah 1, aku pernah diketuk dgn kasut oleh cikgu bahasa inggeris kerana aku xleh jawab ujian. Itu semua pengalaman yang akan mematangkan kita. 
Guru yang ku paling ingat ialah cikgu Azizah. Dia begitu sabar mendidik dan dia xpernah marah walaupun aku lambat belajar. Aku xtahu mcm mana dia sekarang. Mungkin masih hidup atau sudah tiada. Jika masih hidup, berikan kesihatan yang baik kpdnya. Jika sudah tiada, ampunilah dosa-dosanya dan tempatkan dia dalam kalangan orang beriman.Kepada semua guru yang pernah menjadi guru, terima kasih cikgu. 
Sekarang kerjayaku adalah seorang guru. Begitu mulianya kerjaya seorang guru. Semoga aku juga diberikan kesabaran untuk mendidikan anak-anak syurga. Ini kerana aku merupakan guru pendidikan khas. Bukan senang jd guru pendidikan khas tp ramai yang merendah-rendahkn guru pend khas. Menganggap senang je jd ckgu pend khas. Kalau la sesenang yg d fikir oleh org lain, xde la kerajaan bagi elaun rm250 kpd guru pend khas. Cuma jd ckgu pend khas sehari tengok boleh sabar ke x. 
Tapi bg diriku, murid-murid pend khas adalah jiwaku. Aku gembira mengajar mereka. Telatah mereka buat aku tersenyum, walaupun penat tapi hati gembira. Satu kepuasan bila kita dapat ajar mereka dan mereka boleh ingat apa yang diajar. Mereka anak-anak syurga yang istimewa. 
Semoga aku terus diberikan kesihatan yang baik, semangat dan kesabaran dalam mendidikan anak-anak istimewa.Amin...

Selamat hari guru...
Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.


Selamat hari guru kepada semua guru...

No comments:

Post a Comment

 

aDLiNa Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal